Home Made Recipe...

ROLL WATERFRONT...

Tuesday, December 29, 2009

KEK LAPIS SARAWAK...




KEK LAPIS SARAWAK...

Sebut sahaja Kek Lapis Sarawak, 1 Malaysia maklum akan kelazatan & keunikan corak yang terdapat pada kek ini. 1 Malaysia juga maklum kemahiran penduduk Sarawak dalam menghasilkan corak pada Kek Lapis Sarawak. Pada blog peribadi saya ini juga akan saya pamerkan Kek Lapis Bumi Kenyalang yang selalu menjadi tempahan rakan-rakan saya, baik yang tinggal berdekatan saya mahupun rakan-rakan di Semenanjung Malaysia.

Tahun 2009 menyaksikan pasaran Roll Water Front iaitu Homemade Recipe kegemaran saya yang telah sampai ke Pulau Langkawi selain daripada tempahan yang saya terima daripada rakan-rakan di Johor, Selangor & juga Kedah. Untuk tidak menghampakan rakan-rakan dari Semenanjung yang telah menjadi pelanggan tetap saya, saya pada tahun ini telah menyediakan perkhidmatan penghantaran melalui ABX Courier Service.

Bagi pembaca yang ingin merasa kelazatan Roll Water Front dengan kualiti Homemade Recipe yang munasabah harganya, bolehlah menghubungi saya di blog ini...

Salam 1 Malaysia...


Tini Kassim
Sibu, Sarawak...